Kelas Kesedaran E-Sukan: Teamwork & Peranan Dalam Pasukan E-Sukan

19 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2026 (Sabtu), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan Kelas Kesedaran E-Sukan: Teamwork & Peranan Dalam Pasukan E-Sukan yang bermula pada pukul 11:20 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Kelas tersebut telah dijalankan secara atas talian di NADI Kampung Jeriah dan dihadiri oleh tiga orang peserta.

Untuk kelas kesedaran pada bulan April ini, para peserta telah didedahkan pentingnya kerjasama dan peranan setiap pemain didalam pasukan. Adalah penting untuk setiap ahli pasukan untuk saling menyokong dalam permainan bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih kuat. Selain itu juga, dengan adanya kerjasama didalam pasukan, ia dapat memudahkan setiap strategi untuk dilaksanakan. Tambahan juga, kerjasama yang baik didalam pasukan juga dapat meningkatkan peluang kemenangan.

Diharapkan kelas kesedaran seperti ini bermanfaat untuk peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali